Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Tuesday, June 11, 2013

Murah Rezeki

Assalammualaikum w.r.t,

          Entri kali ni nak cerita tentang aktiviti makan2 dengan family kak ta (makan lagi!!!..hehe~~) For intro, yer!!!! saya dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Betapa nikmatnya dapat merasai dan menikmati setiap rezeki yang Allah SWT beri dan saya sangat2 menghargai setiap rezeki yang Allah SWT beri...kebetulan saya memang seorang hamba Allah SWT yg sangat murah rezeki.....alhamdulillah, syukur..kadang2 kalau terbayang atau terdetik dalam hati nak makan sesuatu, esok pasti akan dapat makanan yang dihajati..Thank You Allah SWT..

          Okay, Kak Ta ni adik jiran mertua saya kat Alor Star. Saya baru je kenal diorang (sbb baru je 6 bulan kawin). Kak Ta ni mcm kakak ipar dia kat Taman Titiwangsa tu (i call her Cik Pah)..dorang sangat2 mesra dan ramah..both!!!..walau sehari kenal dah mcm bertahun..dan saya sangat senang dgn both of them. (tetiba rindu Cik Pah...mnggu lepas bertembung dgn cik pah kat tgh jalan depan taman, dia lambai laju2 dr dlm kete..waaaa..meriahnya..sgt rasa diterima dihati Cik Pah...hehe~~)

          Kak Ta's family pn sgt2 best..blanja our family makan besar kat Kelana Jaya smpai buncit perut..(habis diet i)...tak cukup dengan makan kat restaurant, kak ta siap 'tapau' barang2 Nestle lg dlm beg besar as gift (sampai sekarang tak habis makan lagi...dengan sos+milo+nescafe+ice lemon tea+maggie) kan saya cakap, saya murah rezeki..hehe..Thanks Kak Ta & hubby..murah rezeki Kak Ta lepas ni...amin..org yg kind hearted mcm Kak Ta pun mesti selalu murah rezeki....dan saya mendoakan yang baik2 saja utk Kak Ta sekeluarga & i like Danial (anak bujang Kak Ta) sbb dia suka layan saya...bawa saya jalan2 tgk kolam kat Villa..hehe..smart boy!!!

# InsyaAllah, ada peluang & kesempatan....satu hari nnt turn i & hubby pulak yg belanja Kak Ta sekeluarga makan besar..amin..hehehe..jeles kat Kak Ta sbb dia nmpak mcm kakak pada anak2 dara dia...am i right dear??? Bye................


Peace...syarina & jeje senyum ajer...


Wow.....tak sabar nak santap..


Jeje....


Haaaaaa.....kan betul saya cakap, makan besar~~ ni!!!!

Misi kami ---> Johor Premium Outlet

Assalammualaikum w.r.t,

             Sebelum saya habis belajar bulan Mei aritu, saya dan rakan2 ade buat trip ke Kulai, Johor. Kitorang saje pegi sbb trgn nak ke Johor Premium Outlet (JPO) & lepak rumah fmly roomate. Best sgt berkenalan dgn fmly eliariza ni sbb semuanya ramah belaka. Memang masuk la dgn geng kitorg yg suka ckp byk ni especially me..hoho~~

Hari pertama sampai rumah elia dah dijamu dengan mcm2 hidangan. Agak sengkak perut nak habiskan semua makanan yang dijamu..hehe..Thank makcik Kintan..(mak Elia)..Petang baru kitorg gerak ke JPO jln2 'window shopping'........banyak brg2 yang best kat situ dan harga pun agak best sbb tgh sale..kat bawah ni pic2 we all...rindu pulak kat kawan2 kaki jalan ni..bila la nak buat trip mcmni lg???



 Yeay...excited giler nak 'merry go round' kat JPO..Johor, here we come!!


Antara outlet best kat JPO...my peberet body mist ade kt sini..


Eliariza Tukiman..


Haaaa~~same x?? hehehehe


Jam Bonia ni hanya RM165 kat JPO..after less la ni..kalau normal price, RM699...cuma bukan latest edition la..cantik kan??? Siti Munyaty yg punye...hehe


My roommate, Elia Jc perkenalkan nasi lemak ayam kat Kulai..ntah ape name kedai ni..sgt sedapppp..yummy!!!! Ayamnye crunchy...


Waaahhh, Imani berkenan sungguh kat motor security UTHM ni..senyum sokmo...


Macam student UTHM tak???...huhu


I'm here!!!


With Elia JC...i miss her laugh...


Nasi beriyani Muar...sedap dan lembut isi daging tu..


Mine....makan soto jer..mmg suke makan bendalah ni..kalau raya, wajib masak ni..


Tangki air yang ade design tengkolok..(siap ade brooch lg kt depan tu)...besau!!!! U all akan nampak tangki air ni belah kanan kalau dari muar ke melaka...


#InsyaAllah, ade kesempatan dan ade peluang......mungkin kita dpt berkumpul lg..amin

Sunday, June 9, 2013

I'M BACK!!!!!!

Assalamualaikum wrt,

         Waaaaa......dah lame x update sesuatu kat page ni. Lepas bergelar seorang isteri bulan 12 aritu sampai sekarang menyepi tanpa khabar berita. Saya agak busy menguruskan rumah tangga dan meneruskan perjuangan yang belum selesai sebagai seorang siswi di Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka. Saya telah menghabiskan praktikum yg bermula dr bulan Januari hingga Mei dan sekarang saya terlalu free untuk update status kat sini..Ramai rakan terdekat bertnya ttg blog ni & saya agak terharu & teruja & xsangka dengan sambutan yang agak sedikit luarbiasa terhadap blog saya ni...rupanya masih ada yang minat nak tau tentang dunia saya yer....love utk kamu semua.....yang xsuke tu, buat2 la suke yer,.....love utk kamu jugak. So, be ready yer darling2 sume.............. i'm back!!!!!!!!!!!!



Peace....


# Tengah ade mood nak tukar banner, background bagai.......kasi BERSIH page ni...hehe

Friday, December 21, 2012

SARAWAK...BUMI KENYALANG..

Assalammualaikum wrt,

          Owh, sangat best dapat jalan2 kat Sarawak ni sebab makanan kat sini sedap2 belaka..memang sesuai sangat dengan tekak aku (memandangkan aku anak Jawa). Makanan yang paling aku suka ialah Mee Jawa. Kat sini memang sangat mudah nak dapatkan mee jawa ni sebab setiap kedai yang aku pegi mesti ade jual mee jawa dan yang paling best sekali bila aku dapat tau yang mee jawa tersebut dimasak oleh orang jawa yang kebanyakannya datang dari Kalimantan...so, no wonder la kan..hehe..korang tengok la gambar kat bawah ni..menggiurkan..rasa apatah lagi kan??? hahaha..mmg terbaek dari ladang la org ckp..nnt aku balik semenanjung, aku nk try masak..hmm, agak senang la nak masak mee jawa ni..rebus bahan2 je...xper..akan ku coba..hehe...

          Selain dari makanannya yang best, Sarawak ni banyak jugak tempat2 menarik yang boleh dilawati. Seminggu aku kat sini pn belum puas dan rasa tak nak balik. Kat bawah ni pic2 aku kat Sarawak. InsyaAllah nnt aku pasti akan kembali sbb ade baaaaaanyak lagi barang yang aku belum borong kat sini..hohoho.....



Meowww~~~


Borong tikar rotan ni smpai 4 utk org kampung...


4 kali ulang makan ni..hohoho


Borong banyak2 utk family tercinta...


Love to be here...Kedai Kek Lapis Mira


Terubuk masin yang tak berapa masin..kat sini, ada peniaga yang goreng ikan ni live dan bagi kita makan untuk rasa...bestkan??


Kuching International Airport


Pengantin Baru...


Habis sudah honeymoon kami.....bye Sarawak..


Tempat jual Ikan Terubuk Masin

Friday, October 26, 2012

Mencari Solehah

Salam,
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Thursday, October 25, 2012

Khasiat Bawang Putih

Salam,

1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2.
Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3.
Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4.
Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5.
Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6.
Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7.
Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Monday, October 15, 2012

Adam & Hawa (drama adaptasi dari novel)

Salam,



Sekarang ni tengah demam layan cite Adam & Hawa kat Astro. Mula-mula asyik baca status orang je kat Facebook tentang drama bersiri ni. Rase mcm malas je nak amik tau tentang drama bersiri, konon takut ketagih. Tapi bila dah sampai ke dalam kelas dan jadi topik perbualan dikalangan rakan2 seunit, maka aku pun mula la cari info tentang crita ni dari sumber-sumber berkaitan seperti internet. Well, dunia dihujung jari...hmm, bila dah dapat info tentang drama Adam & Hawa ni, tiba-tiba pulak teringat novel yang pernah aku baca beberapa tahun yang lepas. Cerita ni agak best untuk dibaca dan rasanye kalau didramakan, mesti lagi best..Tapi aku masih bertahan dengan keputusan untuk tidak menonton walau satu episod sekali pun drama ini. Sehinggalah pada cuti hujung minggu yang membosankan dan xder assignment untuk disiapkan, pada detik itulah aku mula menonton drama ni di internet. Memang benar apa yang dikata, memang aku akan ketagih bila dah mula tonton episod satu dan semua guru-guru pelatih kat sini majoritinya akan layan cerita ni pada hujung minggu. Aku pula hanya akan menonton 4 episod terus pada setiap hari sabtu. Kelassss kan...tanpa langganan Astro...syukur.. :)

Sape yang nak layan drama ni dari episod satu hingga kini, boleh klik link dibawah ni :
Tonton Drama Adam & Hawa Online


Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)
Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)
Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid

Sinopsis Adam & Hawa

Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?