Sekarang ni tengah demam layan cite Adam & Hawa kat Astro. Mula-mula asyik baca status orang je kat Facebook tentang drama bersiri ni. Rase mcm malas je nak amik tau tentang drama bersiri, konon takut ketagih. Tapi bila dah sampai ke dalam kelas dan jadi topik perbualan dikalangan rakan2 seunit, maka aku pun mula la cari info tentang crita ni dari sumber-sumber berkaitan seperti internet. Well, dunia dihujung jari...hmm, bila dah dapat info tentang drama Adam & Hawa ni, tiba-tiba pulak teringat novel yang pernah aku baca beberapa tahun yang lepas. Cerita ni agak best untuk dibaca dan rasanye kalau didramakan, mesti lagi best..Tapi aku masih bertahan dengan keputusan untuk tidak menonton walau satu episod sekali pun drama ini. Sehinggalah pada cuti hujung minggu yang membosankan dan xder assignment untuk disiapkan, pada detik itulah aku mula menonton drama ni di internet. Memang benar apa yang dikata, memang aku akan ketagih bila dah mula tonton episod satu dan semua guru-guru pelatih kat sini majoritinya akan layan cerita ni pada hujung minggu. Aku pula hanya akan menonton 4 episod terus pada setiap hari sabtu. Kelassss kan...tanpa langganan Astro...syukur.. :)
Sape yang nak layan drama ni dari episod satu hingga kini, boleh klik link dibawah ni :
Tonton Drama Adam & Hawa Online
Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)
Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)
Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid
Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nyaSemuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?
No comments:
Post a Comment