Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Monday, August 1, 2011

Pesanan Buat Lelaki

Salam,

Entri kalini nak cerita ttg PESANAN BUAT LELAKI........DARIPADA WANITA....

Jgnkan lelaki biasa, Nabi pun terasa suyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yag bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yng tidak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. 

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan , nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah jiwa mereka dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau wanita gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan pelbagai 'wan-wan' lagi.

Ingatkan wanita akan hakikat kejadiannya. Mereka yang lupa pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun BOLEH menundukkan sepandai-pandai lelaki. 

Usah biarkan wanita hanyut dalam dunia kepura-puraannya. Usah biarkan mereka bermaharajalela dengan mengusung tinggi egonya, kelak anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri, dan bapa akan kehilangan puteri. Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju jalan Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

P/S: Jangan mengharap pasanganmu seperti Siti Fatimah, kalau peribadimu belum lagi seperti Sayyidina Ali......

Hijjaz

Puteri Ku Sayang

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

No comments:

Post a Comment