Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Monday, August 22, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Salam,
Entri kalini nk di COPY & PASTE dr iluvislam.com (diberitahu oleh kak Nadzirah...tq yer..cayang akak...)
sgt2 tertarik bila baca entri ni..jom kita baca...

10 PETANDA DIA JODOH KITA...

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, August 19, 2011

Sifat Manusia

Salam,
Manusia xpernah bersyukur dgn apa yg dia perolehi/miliki..mereka sentiasa mahukan yg LEBIH...ya, manusia perlu memilih yg terbaik utk dirinya..siapa yg xnak memiiki YG TERBAIK...aku pun nak..tp, kita kena bersyukur dan menjaga dgn baik apa yg ada didepan mata..juga kurniaan tuhan..sesuatu xkan berlaku tanpa izinNya...jgn kita terlalu merungut atau abaikannya kerana Allah akan menarik balik apa yg diberinya...kemudian, barulah nak menyesal..itulah sifat manusia...

Aku??? gadis yg sentiasa mahukan yg terbaik dlm hidup. sentiasa ada sifat tidak mudah menyerah kalah dan suka mencuba dan tidak serik...prinsip aku, manusia perlu diberi peluang....dan aku selalu bersikap positif dengan sentiasa berbaik2 dgn semua org yg aku kenal sehingga org tersebut cemarkan kebaikan aku padanya..tetapi................................jgn cuba mengambil kesempatan kerana aku punya angin tersendiri yg kdg2 xdpt diduga kekuasaannya...kau disana sedang menguji kesabaranku...berhati2lah dlm menjaga hati & perasaan aku..kerana aku terlalu menjagamu...sekali aku pergi, aku xkan kembali....kerana aku xsuka menanti pd perkara yg xpasti...

p/s: hatiku ibarat tersimpan dlm bekas kaca...pertama TELAH kau ketuk2 (dgn kata2), kedua menanti retak, ketiga menunggu pecah...

Thursday, August 18, 2011

Penangan Ramadan

Salam,
Time nk buka pose jer, mcm2 dok atur nak mkn apa...ibarat mencari ilham..selalu tertnya2 nak minum apa...nak masak apa...even kat sekolah skalipn, topik perbualan hari2 adalah mengenai makanan..huhuhuhu..agak terliur bila dengar masak lemak cili api la...masak tempoyak la...kerabu sotong la...ayam penyek la...mak aih....sungguh2 menguji keimanan..

Family aku selalu mkn lauk pauk kampung..mak yg rajin masak..tp kdg2 rajin jugak kitorg berbuka kt luar..saje ubah angin...

Time ni berbuka kat DATARAN IKAN BAKAR, Sg Petani.

Apam dr bazar ramadan simpang kuala....ayah pnggil apam kura2..hehehe

Hbs terawih, terus lepak Old Town dgn Sara...

Supper Ramadan at 11pm...hehe

Air yg xberapa sedap..

With Sara...time ni berbuka kat Old Village dgn geng2 sekolah..

Before acara...

Pinggan aku yg penuh dgn 10jenis lauk..huhu..

Selepas acara.......clear..hehehe

Jualan Amal Al-Bukhary.

Salam,
Mnggu lps ade jualan amal kat SMK Syed Muhamad Al-Bukhary...barang2 terpakai (bundle)..pakaian, pinggan mangkuk, kasut, handbag, buku, perfumes & mcm lg ade dijual dengan harga yg berpatutan...hasil kutipan akan didermakan kepada anak2 yatim sekolah..Terima kasih kepada sahabat2 aku yg menyokong aku dgn memberi sumbangan pakaian utk disedekahkan...Masyitoh Yusoff, jasamu kukenang...






Nouvelles Visages


Salam,
Entri kalini nak cerita ttg NV...ala...yg owner Datuk Sosilawati Lawiya tu...firstly bila mula2 aku transfer ke Kedah dr KL dlm bulan Mac mcmtu, kulit muka aku bertambah hitam berjelaga.. almaklumlah bahawasanya negeri jelapang pagi ni memang panas. puas aku try mcm2 produk termasuk Natasya & D'Sara..tp sumenye xberkesan pada aku..(mayb aku je kot....ade jugak kwn2 yg pakai & kata ok..) after that, aku survey merata & ramai yg rekemen NV....maka dgn itu, bermula la kehidupan aku sebagai wanita yg seti pd NV..diperkenalkan oleh Saidatul Wahida, one of my bestfriend..& aku maintain pakai selama sebulan sbb produk ni serasi sgt dgn kulit aku..lps pakai, kulit mula nmpk putih merah2..moist gitu...alhamdulillah, syukur krn aku kembali MELETOPSSSS....hehehe...

Aku pakai NV ni since 2009..time lps pakai tu kulit kalah mak datin la....ramai yang tergur terutamanya guru penolong kanan kat sekolah tempat aku mengajar..skrg dh lame tinggal sbb kemalasan tahap maksima...then, terpaksa pakai balik sbb nak sambut raya dgn muke ala2 pink gitu..tmbh plak aku kene jd pengapit Masyitoh 3-4 Sept 2011 nnt..

Pic2 kat bwh ni progress aku sepanjang penggunaan semula pd tahun 2011.....gile hodoh without makeup....saje nak share.........................xperlu cover, control bagai...this is me...the real me..


Week 1......pucat giler....almaklum la pose....dengan jerawat bagai..tumbuh menggila..

Nak cepat snap......bedal langsir je tutup kpala dlm bilik..hehehe..ni hari yg ke 12..shining kan???

Hari yg ke 14...dah mula mcm kulit ular...(kat bilik guru ni..)

Kulit Mati.......iklan dgn lens baru...perasan x????cute kan...zoom kan pic ni, u olls akan nmpk kulit mengelupas..

Dlm kelas......dgn muke cenggini, selamber aku g keje..sampai student kata "kulit teacher mcm ular..."...pic week 2 ni.....

skrg dh ok.....after a month....cun x???? kui kui kui........banyak lagi pic yang cantik2 (ade yg with/without make up)..korang godek2 la sndri yer...

Entri ni pd asalnya di publishkan pd umum pada 18/8/2011 dan hari ini 19/10/2012 aku updatekan lagi ceritera ttg pengalaman aku menggunakan produk NV ini..utk tatapan korang semua...pengalaman aku sahih, benar, telus gituuuu.....

PENGALAMAN : SAYA TELAH MENGGUNAKAN PRODUK INI SEJAK TAHUN 2009 LAGI. PRODUK INI TELAH DIPERKENALKAN OELH RAKAN BAIK SAYA, SAIDATUL WAHIDA KETIKA SAYA MULA MENGAJAR DI ALOR SETAR, KEDAH. SAYA DAPATI KULIT MUKA SAYA KUSAM KERANA SENTIASA BERJEMUR DI BAWAH CAHAYA MATAHARI MEMANDANGKAN SAYA SEBAGAI GURU, PULANG KE RUMAH PADA JAM 2.00 PETANG. SAYA JUGA TELAH MENCUBA BEBERAPA PRODUK SEPERTI NATASYA, D'SARA DAN TIA AMELIA NAMUN TIADA KESAN SEPERTI YANG SAYA HARAPKAN. SETELAH ITU, SAYA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENCUBA SET PERCUBAAN NV SEPERTI YANG DICADANGKAN RAKAN BAIK SAYA. SAYA MENGGUNAKAN BLACK SOAP,CLEANSING MILK,TONER A,TONER B,DAY CREAM,NIGHT CREAM,MOISTURIZER SELAMA SEBULAN DAN PENGGUNAAN TERSEBUT MEMBUAHKAN HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN YANG MANA KULIT MUKA SAYA KELIHATAN PUTIH KEMERAHAN SEPERTI YANG DIKEHENDAKI. RAMAI RAKAN GURU YANG BERTANYA TENTANG PRODUK YANG SAYA GUNAKAN DAN SAYA MEMBERITAHU SEJUJURNYA PENGALAMAN SAYA MENGGUNAKAN PRODUK NV KEPADA MEREKA. PADA MULANYA SAYA DAPATI KULIT MUKA SAYA MENGELUPAS DAN AGAK SEPERTI 'UDANG BAKAR', NAMUN RAKAN SAYA MENJELASKAN ITU HANYALAH KESAN SEMENTARA. BELIAU JUGA MENASIHATKAN AGAR TIDAK TERLALU MENDEDAHKAN DIRI KEPADA MATAHARI KERANA KULIT MATI YANG MENGELUPAS ITU AKAN MENINGGALKAN KULIT BARU YANG NIPIS. SAYA SEORANG YANG POSITIF KERANA SAYA TAHU SETIAP PRODUK AKAN MENYEBABKAN PENGELUPASAN KULIT DAN BERKAT KESABARAN SAYA ALHAMDULILLAH SAYA TELAH MENDAPAT TONA KULIT MUKA YANG SAYA INGINI, SAYA TERUS MEMAKAI PRODUK TERSEBUT SEHINGGA KE HARI INI. KULIT MUKA SAYA TELAH SEBATI DENGAN PRODUK NV DAN TIADA PENGELUPASAN YANG BERLAKU LAGI. TETAPI PENGGUNAAN TONER A DAN B TELAH SAYA HENTIKAN MEMANDANGKAN SAYA BANYAK TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN KAYAK. SAYA HANYA MENGGUNAKAN CLEANSING MILK, BLACK SOAP DAN FOUNDATION CREAM SAHAJA DAN SAYA BERCADANG UNTUK MENGGUNAKAN PRODUK INI LAGI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN SAYA YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 1/12/2012 INI.

Monday, August 8, 2011

Pergilah Air Mata....

Salam...
Cintaku bukan kerana harta...cintaku tidak kenal paras rupa...hmmm, dulu ketika hati berlagu riang..selalu bersiulan lagu ni jer...lalalalala~~~saat dlm hati ade taman, saat diri ini terasa terbang2 diawangan....bila rinduuuu~~~~alahai.....

Sekarang cintaku bukan lg untukmu..cintaku xkenal erti rindu..shuhhhh, pergilah air mata..aku menangis bukan kerana kecewa, aku menangis bukan kerana org ketiga, aku menangis bukan kerana apa2....cuma, aku menangis kerana.................biarlah..xsiapa perlu tahu...

Luka lama berdarah kembali....oh tuhanku, bantulah hamba mu.........ramadan ini kurasa syahdu.....kenapa??? mengapa???? wassalam..






















Sunday, August 7, 2011

1001 Kisah Terawih

Salam,
Entri kali ni nak cerita ttg TERAWIH..Bila difikir2 kan balik, ade baaaaanyak kisah antara aku & terawih...hmmm, aku mula pergi solat sunat terawih ketika berada di tingkatan 2. Tu pun kdg2 pegi & kdg2 x...selalunya aku akan pegi terawih dgn sahabat aku Masyitoh Yusoff..agak2 sebelum azan, aku dah muncul kat depan umh dia naik motor..ade mood terawih, kitorg pegi la....xder mood, telekung dgn sejadah lipat2 boh dlm raga motor jer...nun ke Kuala Kedah la kitorang terawih (umh Noor Aznita)...pegi sembang2+gosip2...then cukup waktu 8, kitorang balik la...hehehe...senyum2 aku dgn masyitoh bila terkenangkan zaman kanak2 dulu...dah la xder lesen motor..agak bahaya laaa..tp, kononnya kami rase sume polis pegi terawih..tu yg xder roadblock...wahahahahahaha.......

Then, ade lg kisah...selalunya aku dgn Masyitoh buat 8 ajer..konon xlarat..ade 1 aritu, aku dgn masyitoh teringin nak buat habis..konon lps ni dh nk berpecah balik raya ke kampung, xleh terawih lg kt surau ni....bila cukup 20, aku dgn masyitoh sujud xbangun2.....rupenya kene baca qunut...huhuhuhuhuhu...tu la...sume org tgk..malunyer....nsb baik la kami ari last terawih kat ctu...

Ade satu lg kisah...disurau yg sama....Surau Taman Tunku Yaakob, kami berterawih dengan gembira dan jayanya....sampaila satu time nak sujud...masyitoh TERmuntah atas sejadah......ALAMAK!!!!!......malu xterkata..hehe..dah la kene marah dgn makcik2 yg kat depan sbb telekung dorg kene muntah...makcik tu siap sound lg.."dah tau nak terawih, jgn la makan byk..."...hmmm, makcik tu mcm xmemahami jer..hangin jugak la aku time tu..kesian masyitoh......kami pn balik...agk lama la plak aku dgn masyitoh xpegi terawih geram...

Terawih tahun2 yg berikutnya plak aku pegi sorg2 sbb masyitoh selalu pegi masjid zahir dgn family..aku pegi terawih tersipu2 malu meowww sbb bf aku (setaman) pun solat terawih kat masjid yg sama...hati berbunga2 tgk si dia pakai baju melayu..terserempak pn senyum2 kambing..hohohohohohoh....kenyit2 mata gitu....hehehe..tu la kenangan manis time aku terawih..skrg xmanis sbb si dia telah pn berkahwin, ade anak dh pun....semalam terserempak kat surau, jeling2 je la....

Arini....tahun 2011, aku berterawih dgn sorg lg sahabat aku SITI SARA GHAZALI...aku sgt2 hepi..mcm xpercaya je hubungan persahabatan yang dibina dari tahun 2007 boleh berterusan sampai saat ni.harap hubungan aku dengan masyitoh & sara kekal ke akhir hayat..sahabat adalah anugerah paling indah kurniaan Allah untuk aku...skrg, tiap2 hari aku terawih dgn sara..aku sgt2 bahagia...terawih bersama mak, masyitoh dan sara adalah termasuk dlm wishlist aku..alhamdulillah Allah telah tunaikan impian aku...tinggal lagi, aku teringin nak berterawih bersama suami tercinta..alangkah indahnya......Ya Allah, tunaikanlah impian aku yg satu ni...amin.....


Baru balik terawih surau sauna!!!!

UNIC - HANYA TUHAN YANG TAHU

Salam,
Lagu ni untuk someone yg jauh dimata tapi selalu dekat dihati.....mungkin ada atau tiada jodoh antara kita..xsiapa yg boleh meramalkannya...kecuali......HANYA TUHAN YANG TAHU~~~~



Monday, August 1, 2011

Pesanan Buat Lelaki

Salam,

Entri kalini nak cerita ttg PESANAN BUAT LELAKI........DARIPADA WANITA....

Jgnkan lelaki biasa, Nabi pun terasa suyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yag bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yng tidak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. 

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan , nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah jiwa mereka dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau wanita gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan pelbagai 'wan-wan' lagi.

Ingatkan wanita akan hakikat kejadiannya. Mereka yang lupa pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun BOLEH menundukkan sepandai-pandai lelaki. 

Usah biarkan wanita hanyut dalam dunia kepura-puraannya. Usah biarkan mereka bermaharajalela dengan mengusung tinggi egonya, kelak anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri, dan bapa akan kehilangan puteri. Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju jalan Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

P/S: Jangan mengharap pasanganmu seperti Siti Fatimah, kalau peribadimu belum lagi seperti Sayyidina Ali......

Hijjaz

Puteri Ku Sayang

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman