Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Tuesday, May 17, 2011

My Best Fren B'day

Salam,

Today is my BFF/Best Fren Forever b'day~~~Masyitoh Yusoff..Kami berkawan since tahun 1997 sehingga sekarang. Sesungguhnya tiada yang dpt menggantikan tempat dia sebagai sahabat dihati aku. Tak dapat aku bayangkan hidup aku tanpa sahabat seperti dia.


Masyitoh, 
Selamat Hari Lahir yg ke 27...moga hidupmu sentiasa diberkati Allah S.W.T..terima kasih kerana telah menjadi sahabat dunia akhiratku.sentiasa menemani aku di dalam susah dan senangku..aku bangga menjadi sahabatmu..dan aku bersyukur sgt2 sbb tuhan pertemukan dirimu dgn insan bernama Abd Halim..bertuah sungguh PAK ALIM tu.... & aku doakan agar kita terus menjadi sahabat buat selama-lamanya....AMIN....


Kat bwh ni aku copy pastekan erti SAHABAT dari WIKIPEDIA...Jom pakat2 baca...(bagi sape2 yg xder sahabat...tersgtlah rugi sbb sahabat sgt2 sukar dicari...mayb 1 dlm sejuta..)

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:
Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.

Jenis-jenis Sahabat.
Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:
  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.


 

    1 comment: