Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Friday, October 26, 2012

Mencari Solehah

Salam,
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Thursday, October 25, 2012

Khasiat Bawang Putih

Salam,

1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2.
Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3.
Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4.
Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5.
Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6.
Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7.
Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Monday, October 15, 2012

Adam & Hawa (drama adaptasi dari novel)

Salam,



Sekarang ni tengah demam layan cite Adam & Hawa kat Astro. Mula-mula asyik baca status orang je kat Facebook tentang drama bersiri ni. Rase mcm malas je nak amik tau tentang drama bersiri, konon takut ketagih. Tapi bila dah sampai ke dalam kelas dan jadi topik perbualan dikalangan rakan2 seunit, maka aku pun mula la cari info tentang crita ni dari sumber-sumber berkaitan seperti internet. Well, dunia dihujung jari...hmm, bila dah dapat info tentang drama Adam & Hawa ni, tiba-tiba pulak teringat novel yang pernah aku baca beberapa tahun yang lepas. Cerita ni agak best untuk dibaca dan rasanye kalau didramakan, mesti lagi best..Tapi aku masih bertahan dengan keputusan untuk tidak menonton walau satu episod sekali pun drama ini. Sehinggalah pada cuti hujung minggu yang membosankan dan xder assignment untuk disiapkan, pada detik itulah aku mula menonton drama ni di internet. Memang benar apa yang dikata, memang aku akan ketagih bila dah mula tonton episod satu dan semua guru-guru pelatih kat sini majoritinya akan layan cerita ni pada hujung minggu. Aku pula hanya akan menonton 4 episod terus pada setiap hari sabtu. Kelassss kan...tanpa langganan Astro...syukur.. :)

Sape yang nak layan drama ni dari episod satu hingga kini, boleh klik link dibawah ni :
Tonton Drama Adam & Hawa Online


Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)
Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)
Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid

Sinopsis Adam & Hawa

Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?

Sunday, October 14, 2012

Once Upon A Time..

Salam,

          Entri kali ni nak cerita tentang kenangan di SEREMBAN....waa~~ bandar dimana saya dilahirkan dan dibesarkan. Saya sangat suka dengan Seremban. Yerla, bak kata orang 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Kisah suka duka saya sangat banyak di bandar ini. Sejak lahir sampai la darjah 6, saya bersekolah di Seremban, Tingkatan satu baru pindah ke Alor Setar, Kedah mengikut my parent pindah. Mase nak pindah tu, saya rasa sangat sedih sebab cinta pertama saya ada disini (owh..sungguh noti saya disekolah rendah..ngee~~) ala, cinta monyet kecil-kecilan. Main hantar-hantar surat pastu kasi kat kengkawan jadi posmen, rehat same-same (satu geng tau), tukar-tukar diari dan yang paling best si dia selalu tolong saya..sikit-sikit saya..kalau bertembung time jalan ke kelas pun senyum sipu kambing...indahnya saat itukan..macam ape jer!!!! BLUSHING!!!!! kemudian kami terpisah sebab saya berpindah. Tapi kami janji nak keep in touch tau. Pastu senyap sepi je diangin lalu. Sekarang saya dah kawin, dia pun dah kawin..kenangan hanya tinggal kenangan yang sweet sangat.

          Kat bawah ni pic mase aku dan kengkawan IPG jalan-jalan ke bandar Seremban. Lepas je makan kenyang-kenyang kat kenduri Hazwani & Hisyam, kitorang mengulor la pulak..hehe..sambil nyelam sambil minum air org kate...
         

Ni la sekolah rendah saya. Dulu Sek Ren Keb Methodist (ACS), sekarang dan tukar nama.


Dulu lepas sekolah, selalu lepak sini dengan bestie...Nurul Shaliza, Null Salha & Nur Zaktilla...mane la dorang sekarang yer..


Yang ni pulak pic depan sekolah Tadika Kemas


Jalan Yazid Ahmad. Lama sungguh board ni bertapak kat situ.


Walaupun kenyang makan kenduri, we all layan Pizza Hut pulak lepas tu.

# Rasa tak puas je jalan-jalan aritu, lepas ni nak ajak family pulak la...

Hazwani's Big Day..

Salam,

          Entri ni nak post tentang pic perkahwinan my bestfriend Noor Hazwani Osman dengan pasangan Hisyam. Majlis diadakan di Lavender Height Senawang. Saya dan rakan sekelas telah hadir untuk memeriahkan majlis yang sangat cemerlang, gemilang dan terbilang. Makanan yang disajikan memang superb!!! Memang taste saya la (i was 'anak minang kabau'). Ada masak lomak cili padi daging panggang..wah~~~biso bonar!!!

# Kat bawah ni pic2 we all sepanjang majlis itu.


My lunch..kan den dah kobar,....SODAP!!!!


DPLI-Bahasa Inggeris 1


Bersama pengantin a.k.a kakak google..


Wani.....u look GORGEOUS...


Selamat Pengantin Baru...owh, hubbynye sgt baik hati & soft-spoken..saya sangat senang dengan beliau..cayalah Isyam!!!!

# Kakak google (wani) ni saaaangat baik & very helpful..dia adalah individu yang saya sering saya dan rakan-rakan rujuk sepanjang pengajian kami di IPG..dah nama gelaran kakak google...sbb dia serba tau & she is the one with highest mark setiap semester..udahler cantik, baik.....bertuah si Hisyam ni...till then, love u wani!!!