Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Friday, September 28, 2012

Pendidikan Alam Sekitar - Model Gunung Berapi

Salam,

Hari ni saya post ttg bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan dari bahan buangan untuk subjek Pendidikan Alam Sekitar Sem 2 2012.



Bahan Bantu Mengajar : Model Gunung Berapi

Untuk tugasan individu, saya telah membuat model gunung berapi. Saya memilih model ini kerana, bagi saya ianya berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang telah saya pelajari. Model gunung berapi ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk murid tahun 4 Unit 5, mata pelajaran Kajian Tempatan. Tema yang berkaitan ialah Sentiasa Berhemat Kita Selamat.
Bahan yang digunakan untuk membuat model ini ialah botol plastik, kapas, surat khabar lama, tudung karton A4, tepung ubi, warna air Buncho dan permainan haiwan plastik yang tidak digunakan lagi. Proses pemilihan bahan yang dipilih adalah berdasarkan bahan kitar semula yang sering saya gunakan di dalam kehidupan harian dan mudah untuk dicari. Saya telah menggunakan kanji yang banyak untuk melekatkan cebisan surat khabar lama sehingga membentuk model gunung berapi yang tinggi. Saya kemudian mewarnakan model tersebut untuk menjadikan ia lebih menarik dan seperti gunung berapi yang sebenar, Saya juga telah meletakkan beberapa permainan haiwan plastik untuk menggambarkan kehidupan flora dan fauna yang ada di sekeliling gunung tersebut. Motif kegunaan sedikit kapas di puncak gunung berapi adalah untuk menunjukkan ketingginan model gunung yang dibuat.
Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan dengan memasukkan sedikit sabun pencuci pinggan ke dalam corong model gunung, pewarna merah dan kuning serta serbuk penaik. Akhir sekali, cuka akan dimasukkan dan bahan-bahan yang dimasukkan tadi akan terpancut keluar seperti letusan gunung berapi yang sebenar. Murid dapat memerhatikan cecair seperti lava akan mengalir keluar dari corong model berapi tersebut. Model ini boleh digunakan semula jika guru menuang semua cecair yang dimasukkan ke dalam corong dan menjemur model gunung berapi ini sehingga kering. Selain itu, model ini juga boleh digunakan untuk eksperimen mata pelajaran Sains.



Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat Model Gunung Berapi:
1)    Tudung karton kertas A4
2)    Surat khabar lama
3)    Lebihan tepung ubi di dapur
4)    Permainan haiwan plastik yang tidak digunakan lagi
5)    Warna air Buncho
6)    Kain tudung terbakar
7)    Kapas muka terpakai






Cebisan surat khabar lama
     direndam bersama dengan air.



Panaskan 1/2 tepung ubi lebihan
    di dapur dengan 1 cawan air sehingga
    likat untuk dijadikan gam.


Botol plastik yang tidak digunakan
     lagi dijadikan dasar untuk bahagian
     dalam gunung berapi. Ia diletakkan di
     atas tudung karton kertas A4 dan
     ditampal dengan cebisan surat khabar
     dan tepung kanji.


Permainan haiwan plastik yang tidak
     digunakan lagi ditambah untuk
     mencantikkan lagi model gunung
     berapi tersebut. Kain tudung yang
     terbakar ketika menggosok pakaian
    digunakan untuk mengindahkan tapak
     model.


Model kemudian diwarnakan dengan
     warna yang sesuai untuk menarik
     minat murid dan bagi menunjukkan
     rupa gunung berapi yang sebenar.
     Kapas muka terpakai dijadikan
     awan. Keringkan model.



Cara-cara menggunakan Model Gunung Berapi:

1)    Masukkan 3 sudu besar serbuk penaik dan sedikit cecair sabun mandi ke dalam corong Model Gunung Berapi.
2)    Tuangkan ½ botol cuka dan biarkan seketika.
3)    Buih-buih dari dalam Model Gunung Berapi tersebut akan keluar memancut-mancut beberapa saat kemudian.
Objektif memilih Model Gunung Berapi sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah kerana:
1)    Ia dapat menarik minat murid untuk belajar jika murid itu sendiri yang melakukan eksperimen gunung berapi. Ia juga sesuai digunakan untuk set induksi.
2)    Ia dapat menggambarkan seperti kejadian gunung berapi yang sebenar kepada murid kerana ia separa maujud.
3)    Ia boleh digunakan berulang kali untuk beberapa mata pelajaran dan tahan lama (merentasi kokurikulum). Contohnya aplikasi pendidikan seni.
4)    Dapat menggunakan 3 bahan kitar semula dengan mudah dan senang didapati.
5)    Dapat memberi pengetahuan kepada murid tentang bencana alam yang berlaku di bumi kita.

No comments:

Post a Comment