Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Thursday, May 31, 2012

Aktiviti Cuti Semester

Salam,

Sebuah drama baru untuk slot Zehra bertajuk Bunga Bunga Syurga akan menemui anda Jumaat ini 9 Mac jam 9 malam. Antara pelakon yang membintangi drama Bunga bunga Syurga ialah Johan Asari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Eyka Farhana, Rozita Che Wan, Eizlan Yusof,  Bea Ramesan, Eira Hazali,Amirul Danial dan Lazizah.


Sinopsis Bunga bunga Syurga

Mengisahkan perjuangan seorang pemuda yang memberikan didikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan 3 orang anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudara mereka yang kejam, Baidah (lakonan Rozita Che Wan). Emilia 17, lakonan Eyka Farhana dan 2 orang adiknya Nadia dan Haziq terpaksa hidup dgn bapa saudara mereka Azmin (Hilal Azman) setelah ibu bapa mereka mati dibunuh secara misteri dan belum selesai kes tersebut.

Baidah tidak sukakan 3 adik beradik tu tinggal di rumahnya, setelah Azmin lumpuh semua atas perbuatan jahat Baidah, pulanglah anak lelaki mereka dari Australia, Aiman (lakonan Johan Asari) . Kepulangan Aiman membawa sinar buat 3 anak yatim tersebut.
Aiman banyak menimba ilmu agama semasa belajar di oversea, setelah pulang dia berusaha membawa keluar 3 beradik tu dari rumah ibunya. Aiman selalu membuat kelas tambahan mengajar al Quran.

Aiman mendapat bantuan Hj Halim (lakonan Eizlan Yusof) untuk mendapatkan tauliah mengajar hafazan. Hj Halim ada seorang anak perempuan bernama Shaffiyah (lakonan Wawa zainal) . Shaffiyah diceritaka oleh Halim sebagai gadis baik dan pandai mengaji.

Aiman terkejut melihat gambar Sofea atau Shaffiyah kerana wanita itu merupakan perempuan simpanan bapanya. Aiman tidak pernah menceritakan kisah Sofea kepada Halim dan mahu Sofea sendiri memberitahu tetang rahsia perbuatannya selama ini.



Sinopsis
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

No comments:

Post a Comment