Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Sunday, July 31, 2011

Ramadan al Mubarak...

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ramadan adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
— surah Al-Baqarah, ayat 185
 
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
 
Penentuan Awal Ramadhan.
Takwin Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus

Peristiwa Semasa Ramadhan

Turunnya al-Qur'an

Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wa jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Amalan Sewaktu Ramadhan

Puasa Ramadhan
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.

Bersahur
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat Tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini. Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

Aidilfitri

Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Doa untuk bersahur: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى…

 P/S: xbest plak entri tanpa gambar kan???....kat bwh ni aku selitkan gambar Set Ramadan Fest yg ade kat Pizza Hut..seminggu sebelum menjelang Ramadan..set ni mmg sedap & berbaloi...



Masyitoh with her Salad Bowl..

Best!!!....part paling aku suke....cedok Salad...

Pak Alim with his skills..

Salad yg we all susun...

 Set Ramadan Fest....berbaloi.......(Pak Alim yang belanja...tq ya darling Mas & honey Alim...)













Haslinda - Sehati Dan Sejiwa

This song is dedicate to someone yg bertahta di hati...


Friday, July 15, 2011

Percaya Padaku - Ungu (Lirik)

Salam,
arini nk story ttg 'LOVE'..

actually 2,3 arini hati berbunga2 je..bilik tido dh cantik (cat baru+cadar baru+wall sticker baru...hehe) then, kat opis dok buat keje sambil layan radio..tiap2 ari dgr lagu AISHITERU & PERCAYA PADAKU..sgt2 best..dh boleh hafal pn lagu tu...lalalalala~~~sambil2 layan video ttg kawen+love (memandangkan cik Masyitoh Yusoff ari2 buka video pre-wed+pic2 kawen+pelamin+hantaran)...tetibe je 'DLM HATI ADE TAMAN'....hehe~~

Well, aku  ni single mingle + bujang trang tang tang..dh lme xrse terapung2 & terawang2 ni..selalunye aku akan rse mcmni bile rse rindu kat seseorg (blushing!!!)..tp skrg aku xder bf utk dirindui..pelik...tp benar...wat happened to me???

Sebenarnye, lately ni aku ade la kenal sorg mamat ni..xpnh jumpe pn, just bertukar picture (ala2 remaja la...kenal kt alam cyber).. antara aku & mamat ni mmg xder ape2 pn, just fren..cuma kdg2 sms+call+ym...tu pn tenggelam timbul..kdg ade, kdg xder..mcm biskut chipsmore..then kitorg xpnh jumpe pn wlpn dh kenal agak lama..mayb sbb mamat ni jauh nun diseberang kot...kalau die blk cni pn (org kedah jugak)..belum tentu dpt date sbb aku maluuuuu meow meowww...hehehe..(blushing lg nih)

Kenape aku blushing2 dgn mamat ni??? ntah..mayb aku agak senang dgn cara dia..kdg2 die nasihat aku bab2 kehidupan ni, kdg2 tempat aku bercerita..kdg2 die noti cikit...suke mengusik aku...kdg2 hilang....buat aku tercari2..(adventure kan???)..kdg2 amik berat ttg aku...(aku agak laa...)

Tp, aku xtau la mamat ni dh ade gf or x..broken heart katanya..tp lelaki ni bkn leh caya..still aku was2..mamat ni pn xpenah nk ayat2 aku pon..just simple sentence jer..kwn2 kan...agak aku ibarat TEMAN TP MESRA la...sbbtu aku blushing sorg2..saje suke2 syok sendri...mamat ni pn xtau yg aku blushing2 meowww dgn die..(aku agak control laaa ego aku..)

Wateverla...xkesah pn..aku mcmn pn xper..just suke skrg ni ade perasaan mcmni coz dh lme sgt pipi xmerah2 ni...hehehehehehhehe...& utk mamat tersebut...aku tujukan lagu ni.........special dedicate tau.(mcm dlm radio)..dgn ucapan- " semoga awk sihat & bahagia walau dimana jua awk berada..xkira dgn sape pn..."....daaa~~





Lirik Lagu Percaya Padaku (Ungu)

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Tuesday, July 12, 2011

Ops 'BERSIH'

Salam,
minggu ni ade mood nk BERSIH kan bilik...hoho..dh lama xdecorate bilik..since aku form 1 lg rsenye...tetibe lak rse nk kemas, hias2..hehe..semalam aku telah meroger fahmi & chik utk tolong aku mengecat bilik..upahnya spagethi spesel aku...wakakakakakkaa...memandangkan masing2 bz dgn jadual, maka terpaksa la kerje mengecat ni dibuat di mlm hari..around kul 9.30 jugak la kitorang start..siap sume around 1.30..credit to chik & fahmi...caaayanggg dorg..terharu aku!!!..xsangka dorg siap tlg aku kemas bilik, angkat brg berat2 lg...

chik..mandur hari tersebut!!!

1 layer baru...tunggu nak dabel cat..hehehe..fahmi cat mmg terbaekkk~~

chik punya angkara...mengamok aku!!!...chik kata "ala...beli ja cover baru bru Rm5!!!..."

Onar ke-2 dr chik!!!

 panjang sungguh riwayat air-cond dlm bilik aku..since aku form 1...kira2 14tahun dah usia benda alah ni...berjasa!!!

cat kaler pink bertukar oren...pelik aku...........dlm katalog lain kaler..hmm..


p/s: nnt aku story alkesah aku design bilik baru aku yer...esok nak kene sambung kemas lg...aku dh ajak geng darjah 6 (anak jiran) utk tlg mengemas..daa...opsss..lupe...TQ chik & Fahmi..jasa kalian sgt aku kenang.