Holla...

its all about me, myself & i..thanks for those who are willing to read the post..daaa...

Monday, January 30, 2012

Cinta Ini Membunuhku by D'Masiv official video (HQ + lyrics)



you made me screwed up...you made me messed up... you made me helpless... you rejected me... ignoring me... how do I break down the hardness of your heart... don't you realize that you're hurting me... I realize I'm not perfect...

I'm not like who you want me to be... You destroyed me with your attitude... Don't you realize.. that you're hurting me... this heart is worn out from ensuring you...

SAYANG.... This love is killing me........

Friday, January 20, 2012

10 Hadiah Paling Berharga...

Salam,
Entri ni aku copy paste dr media.com...lps baca terus rse nak copy....hmm tetibe gak rse nk org hadiahkan aku something...yg special tentunya..hehehe..sape yer nk kasi aku adiah??



1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak”...

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
.
p/s : jadi berikan lah hadiah ini untuk orang yang kamu sayang

Sunday, January 15, 2012

Hargailah Perkahwinanmu...

Salam,

arini boring2 lepak kat hostel layan metro online baca isu2 semasa..hmm, dlm byk2 isu dlm paper online tu..aku paling tertarik dgn isu rumah tangga pelakon Rita Rudaini & pemain bola sepak N9 Aidil Zafuan...agak sebak bila membaca apa yg penulis tulis. Bukan kerja aku untuk masuk campur atas urusan rumah tangga mereka tetapi atas keprihatinan aku sebagai wanita, aku terpanggil untuk komen sikit2 tentang apa yg terjadi...bagi aku, mmg xboleh terima langsung tindakan Aidil yg meninggalkan rumah. Aku boleh merasakan betapa sedih dan syahdunya bila si suami pergi meninggalkan si isteri. Biarpun seburuk+sebusuk+seteruk si isteri....si suami tak patut buat mcmtu..lazimnya si isteri yang patut meninggalkan rumah..tp ni dh terbalik..kalau la aku berada ditempat si isteri...mau aku saman berjuta si suami tu..tuntut segala yg boleh tuntut..biar sampai tinggal seposen..

Tambahan pula, dah ada 2 cahaya mata..apalah nasib mereka..ahli keluarga patut beri nasihat yang berguna dan membina..bukan menggalakkan lagi perpisahan. Segala yang berlaku ada hikmah tp si suami kena lah ingat..dulu bercinta bagai nak rak..sampai kahwin lari ke Thailand..si isteri pula sanggup berkorban demi cinta..berjanji sehidup semati..meredah tohmahan peminat..halangan keluarga..ini semua pengorbanan si isteri...belum masuk bab susah payah melahirkan dan penerimaan masyarakat....fikirlah wahai si suami....wlpn usiamu muda....kalau dh sampai ade anak 2 org..agak dh boleh fikir..buat anak pandaikan......

Aku lagi la sedih..sampai sekarang belum berpeluang mendirikan rumah tangga walaupun menikah di Thailand..mmg xberpeluang langsung...jd bila anda dah berumah tangga, SILALAH JAGA RUMAHTANGGA ANDA..dan hargailah pasangan anda...ade ramai manusia diluar sana yg tersgtlah susah untuk mencari pasangan..termasuklah aku....kalau korang tak hargai apa yg tuhan bg sekarang, lepas ni nescaya tuhan xkan beri lg pasangan utk korang....hukum karma la katakan...'what u give, u get back'......renung2kan dan selamat beramal.. 

nak baca entri metro...klik kat sini... http://www.harian-metro-online.com/rita-rudaini-sedih-suami-keluar-rumah




Friday, January 13, 2012

Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu...


Salam,

Minggu ni adalah minggu orientasi untuk pelajar2 baharu IPG KPM..terrrrrrrrrrrrrrsangat lah penat time ni..tak dapat digambarkan dengan kata-kata..hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran, pengesahan sijil-sijil oleh mentor, pemilihan saiz baju (ada 9 jenis set baju) dan taklimat ringkas bersama para waris...kemudian kami bergerak untuk ke hostel masing2..aku dpt tingkat 2 bersama Elia..(pelajar dari Johor, Dpli-Sej)..alhamdulillah, roomate aku sgt sporting dan boleh masuk dgn kepala aku..Imani & Nadira pun dekat jer..boleh lah bertandang ke bilik masing-masing selalu..ngeeeee......(act hari pertama pun dah buat aku sakit badan sebab angkat barang yg berat lagi byk.....fuhhh)

Hari ke2 dah mula rasa terbeban sebab jadual yang terlalu padat..masa rehat hanya 1 jam (makan+solat+mandi)...nak menapak jalan kaki 500 meter dr tempat orientasi dgn hostel..agak cukup setahun ni boleh kurus kering aku..kat sini pelajar tak dibenarkan membawa kenderaan...semuanya menapak walaupun hujan ribut melanda...antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi Latihan Dalam Kumpulan...(ice breaking)....

Hari ke3 dah mula rasa sebak yang teramat...sedih...dengan usia senja mcmni, terpaksa gagahkan diri untuk buat yang terbaik..tercungap2 jalan..berlari mcm kartun..muka pun dah mula terbakar..(dah tak cantik dah!!!!!!!)...kain baju pun tak sempat basuh...nasib baik lah ceramah kesedaran/kesyukuran dapat membuat hati kami cair..rasa syukur sgt ke hadrat ilahi sbb berpeluang ke IPG ni..semangat pun membara ni..hehehehe...

Hari ke4 adalah hari terakhir minggu orientation...yahooooo..merdeka+bebas...tp agak takut untuk ke kelas Isnin ni..mampukah aku??? dah lama tinggal study, otak pun dah beku..doakan aku yer...esok nak kuar outing dengan kwn2, beli brg2 keperluan....nnt aku sambung lg yer...bye...

 We all bersama tudung kuning srikandi...

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan...

Friday, January 6, 2012

Cukuplah Aku Mencintaimu Dalam Diam...

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu....


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

NASIHAT PAKAR DARI HATI: Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin. Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Thursday, January 5, 2012

DI SEBALIK “TAKKAN PERIGI CARI TIMBA” & “DON’T BE A MAN SEEKER''

Salam, entri ni aku curi (copy & paste) from iluvislam.com..agak tertarik lalu dikongsi bersama....nah, baca ni........

DI SEBALIK “TAKKAN PERIGI CARI TIMBA” & “DON’T BE A MAN SEEKER''
Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang!

Namun begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para remaja.

Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.

Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Jika di situ ada kemahuan, pasti di sana ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan.

Seterusnya, dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan jalan periwayatan hadis ini.

ثَابِتًا الْبُنَانِيَّ قَالَ :
كُنْتُ عِنْدَ أَنَسٍ وَعِنْدَهُ ابْنَةٌ لَهُ،
قَالَ أَنَسٌ: جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ (ص) تَعْرِضُ عَلَيْهِ نَفْسَهَا
قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَكَ بِي حَاجَةٌ؟
فَقَالَتْ بِنْتُ أَنَسٍ: مَا أَقَلَّ حَيَاءَهَا. وَا سَوْأَتَاهْ...وَا سَوْأَتَاهْ.
قَالَ: هِيَ خَيْرٌ مِنْكِ رَغِبَتْ فِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَرَضَتْ عَلَيْهِ نَفْسَهَا.

Daripada Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya (yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata: Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah, adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh, Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia (Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai) Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini oleh Nabi SAW).

Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:
بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ
“BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.

Oleh hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini (sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya), jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.

Malah Sirah Nabawiyyah telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi Cari Timba?



Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!” . Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (PeribadContoh), sebagaimana FirmanNYA:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)

Hal ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.

Dalam ayat ini Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik

Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.

Wallahu’alam.

Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~

Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~

Sunday, January 1, 2012

Demam Ombak Rindu

Salam,

Entri kalini nak mengomel sikit tentang cerita Ombak Rindu..bukan ape...sejak Astro First buat tayangan berbayar RM15 tu, mak aku 12jam memngadap cite tu jer...makcik aku pon same..pakat2 phone call tnye mcmne nk subscribe..alamak...............demam Ombak Rindu dah mula utk pelanggan Astro..(yg aku panggil ASTERUK sbb sume cite berulang2..agak tekanan la jugak tgk mak aku bayar beyond..tp cite berulang2..)

 Cover depan novel OMBAK RINDU

 Poster OMBAK RINDU

Part paling aku suke...what a wonderful world...nak hubby peluk mcm ni nnt...ngeeee~~~

Synopsis
Izzah a simple kampong teacher is sold to a brothel by her uncle on the pretext that they need money for her Aunt's surgery. Actually parent Izzah dah meninggal dunia & tinggal dgn Pak Taha. Her first customer is a rich playboy Harris whom she begs to marry her and take her out of the rat hole, tu pun selepas Harris menodai Izzah. He marries her, brings her home, the only good deed he has done in a long time. Unknowingly he falls in love with her, and wants to break his engagement to childhood family friend Mila, but due to family pressure has to marry Mila. Thus begins the triangle of a saga which entangles three lives into a myriad of emotions.

Pendek kata, memang best giler cite ni............tp nak bgtau..(aku p tgk cite ni kat panggung sorg2...full house...).... :)